At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 92. Hukum Menulis Ayat Al-Qur’an Pada Bejana )

حكم كتبه على الاواني

[فصل] اختلف العلماء في كتابة القرآن في إناء ثم يغسل ويسقى المريض

فقال الحسن ومجاهد وأبو قلابة والأوزاعي لا بأس به وكرهه النخعي * قال القاضي حسين والبغوي وغيرهما من أصحابنا ولو كتب القرآن على الحلوى وغيرها من الأطعمة فلا بأس باكلها

Masalah ke-92: Hukum Menulis Ayat Al-Qur’an Pada Bejana 

Para ulama berlainan pendapat berkenaan dengan penulisan Al-Qur’an pada bejana, kemudian dicuci dan diberi minum kepada orang sakit. Al-Hasan, Mujahid, Abu Qilabah dan Al-Auza’i berkata: “Tidak ada masalah.” Sedangkan An-Nakha’i tidak menyukainya. Al-Qadhi Husain, Al-Baghawi dan para sahabat kami lainnya berkata: “Sekiranya Al-Qur’an ditulis di atas halwa (sejenis makanan) dan makanan lainnya, tidaklah mengapa memakannya.”

 

قال القاضي ولو كان خشبة كره إحراقها

Al-Qadhi berkata: “Sekiranya ditulis di atas sepotong kayu, tidaklah disukai membakarnya.”

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 91. Hukum Orang Kafir Mendengarkan Al-Qur’an)

حكم سماع الكافر له

[فصل] لا يمنع الكافر من سماع القرآن لقول الله تعالى

Masalah ke-91:  Hukum Orang Kafir Mendengarkan Al-Qur’an

Orang kafir tidak dilarang mendengar Al-Qur’an berdasarkan firman Allah:

 

وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ

“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrik itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah.”(QS At-Taubah 9:6)

Lainnya

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 90. Hukum Menyandarkan Bacaan Al-Qur’an)

حكم إضافة القراءة

]فصل] ولا يكره أن يقال هذه قراءة أبي عمرو أو قراءة نافع أو حمزة أو الكسائي أو غيرهم هذا هو المختار الذي عليه السلف والخلف من غير إنكار

Masalah ke-90: Hukum Menyandarkan Bacaan Al-Qur’an

Tidaklah dihukumi makruh jika dikatakan : ini bacaan Abu ‘Amr atau bacaan Naafi’ atau Hamzah atau Al-Kisa’I atau lainnya. Ini adalah pendapat yang dipilih dan didukung bersama oleh para ulama Salaf dan Khalaf tanpa adanya pengingkaran.

Lainnya

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 89. Hukum Menyandarkan Nama Surat Al-Qur’an)

حكم إضافة السورة

[فصل] يجوز أن يقال سورة البقرة وسورة آل عمران وسورة النساء وسورة المائدة وسورة الأنعام وكذا الباقي لا كراهة في ذلك وكره بعض المتقدمين هذا وقال يقال السورة التي يذكر فيها البقرة والسورة التي يذكر فيها آل عمران والسورة التي يذكر فيها النساء وكذا البواقي والصواب الأول

Masalah ke-89:  Hukum Menyandarkan Nama Surat Al-Qur’an

Tidak ada halangan menyebut surat Al-Baqarah, surat Ali Imran, surat An-Nisa’, surat Al-Maidah dan surat Al-An’aam. Demikian juga untuk surat-surat lainnya. Sebagian ulama Mutaqaddimin tidak suka penyebutan seperti ini. Mereka lebih suka menyebutnya dengan : Surat yang disebut Al-Baqarah di dalamnya, Surat yang disebut Ali-Imran di dalamnya, Surat yang disebutkan An-Nisa’ di dalamnya dan begitu seterusnya. Pendapat yang lebih benar ialah pendapat pertama.

Lainnya

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 88. Adab Bersama Al-Quran)

أدب الناس معه

[فصل] يكره أن يقول نسيت آية كذا بل يقول أنسيتها أو أسقطتها

فقد ثبت في الصحيحين عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

Masalah ke-88: Adab Bersama Al-Quran

Makruh hukumnya bagi seseorang yang mengatakan, “aku lupa ayat ini”. Namun hendaknya dia katakan, “Aku dilupakan terhadapnya atau aku menggugurkannya.” Hal ini sebagaimana riwayat yang terdapat di dalam Shahihain dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallohu ‘anhu, katanya: Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Lainnya

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 87. Adab Bertanya Tentang Tafsir Al-Quran)

أدب السائل عنه

[فصل] وينبغي لمن أراد السؤال عن تقديم آية على آية في المصحف أو مناسبة هذه الآية في هذا الموضع ونحو ذلك أن يقول ما الحكمة في كذا

Masalah ke-87:  Adab Bertanya Tentang Tafsir Al-Quran

Barangsiapa yang ingin mengetahui tentang pendahuluan suatu ayat sebelum ayat lainnya di dalam Mushaf atau kedudukan ayat tertentu di tempat tertentu dan pengetahuan yang semisal, hendaknya dia bertanya: Apa hikmahnya tentang masalah ini?

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 85. Hukum Menafsirkan Al-Qur’an)

حكم تفسيره

[فصل] ويحرم تفسيره بغير علم والكلام في معانيه لمن ليس من أهلها والأحاديث في ذلك كثيرة والاجماع منعقد عليه

Masalah ke-85:  Hukum Menafsirkan Al-Qur’an

Diharamkan menafsirkan Al-Qur’an tanpa ilmu, begitu pula haram berbicara tentang makna-maknanya bagi siapa yang bukan ahlinya. Banyak hadits berkenaan dengan perkara tersebut dan ijma’ berlaku atasnya.

Lainnya

Previous Older Entries

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory

Kalender

Mei 2024
M S S R K J S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031