At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 93. Hukum Penulisan Ayat Al-Qur’an )

حكم كتابة الحروي

[فصل] مذهبنا أنه يكره نقش الحيطان والثياب بالقرآن وبأسماء الله تعالى قال عطاء لا بأس بكتب القرآن في قبلة المسجد وأما كتابة الحروز من القرآن فقال مالك لا بأس به إذا كان في قصبة أو جلد وخرز عليه

Masalah ke-93:  

Madzhab kami ialah tidak menyukai penulisan Al-Qur’an dan nama-nama Allah Ta’ala di atas dinding dan baju. Atha’ berkata: “Tidaklah mengapa menulis ayat-ayat Al-Qur’an di arah kiblat dalam Masjid. Adapun penulisan Al-Qur’an dalam bentuk azimat, maka Malik berpendapat, tidak ada masalah dengannya kalau ditulis pada sepotong buluk atau kulit kemudian dibalut.

Lagi

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 92. Hukum Menulis Ayat Al-Qur’an Pada Bejana )

حكم كتبه على الاواني

[فصل] اختلف العلماء في كتابة القرآن في إناء ثم يغسل ويسقى المريض

فقال الحسن ومجاهد وأبو قلابة والأوزاعي لا بأس به وكرهه النخعي * قال القاضي حسين والبغوي وغيرهما من أصحابنا ولو كتب القرآن على الحلوى وغيرها من الأطعمة فلا بأس باكلها

Masalah ke-92: Hukum Menulis Ayat Al-Qur’an Pada Bejana 

Para ulama berlainan pendapat berkenaan dengan penulisan Al-Qur’an pada bejana, kemudian dicuci dan diberi minum kepada orang sakit. Al-Hasan, Mujahid, Abu Qilabah dan Al-Auza’i berkata: “Tidak ada masalah.” Sedangkan An-Nakha’i tidak menyukainya. Al-Qadhi Husain, Al-Baghawi dan para sahabat kami lainnya berkata: “Sekiranya Al-Qur’an ditulis di atas halwa (sejenis makanan) dan makanan lainnya, tidaklah mengapa memakannya.”

 

قال القاضي ولو كان خشبة كره إحراقها

Al-Qadhi berkata: “Sekiranya ditulis di atas sepotong kayu, tidaklah disukai membakarnya.”

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 91. Hukum Orang Kafir Mendengarkan Al-Qur’an)

حكم سماع الكافر له

[فصل] لا يمنع الكافر من سماع القرآن لقول الله تعالى

Masalah ke-91:  Hukum Orang Kafir Mendengarkan Al-Qur’an

Orang kafir tidak dilarang mendengar Al-Qur’an berdasarkan firman Allah:

 

وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ

“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrik itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah.”(QS At-Taubah 9:6)

Lagi

At – Tibyan (08. Adab Berinteraksi Dengan Al-Qur’an – 90. Hukum Menyandarkan Bacaan Al-Qur’an)

حكم إضافة القراءة

]فصل] ولا يكره أن يقال هذه قراءة أبي عمرو أو قراءة نافع أو حمزة أو الكسائي أو غيرهم هذا هو المختار الذي عليه السلف والخلف من غير إنكار

Masalah ke-90: Hukum Menyandarkan Bacaan Al-Qur’an

Tidaklah dihukumi makruh jika dikatakan : ini bacaan Abu ‘Amr atau bacaan Naafi’ atau Hamzah atau Al-Kisa’I atau lainnya. Ini adalah pendapat yang dipilih dan didukung bersama oleh para ulama Salaf dan Khalaf tanpa adanya pengingkaran.

Lagi

Muslim Blogs - Blog Catalog Blog Directory

Kalender

April 2017
M S S R K J S
« Mar    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30